awwalul kalam

Sunday 31 May 2009

~ usrah ukhwah~


Alhamdulillah..semalam ana dgn kmpulan usrah ana,dari ISMA (persatuan belia islam Malaysia) dpt b'kmpul kmbali walau bkn dlam jumlah yg rmai,disebabkan msing2 juga ada tugasnya..Bertempat disebuah tasik ,jam 7.30 pagi ,kami berjoging sambil melihat keindahan ciptaan Allah dipagi yang hening..SubhanAllah,sungguh indah & segar kami rasa..=).Selesai joging,seperti biasa ader skit pengisian kami atau usrah secara giliran yg dibuat setiap mggu...Salah seorg akhwat diamanahkan Allah utk memberi sedikit pengisian..Alhamdulillah..dia m'bncgkan ttg isu-isu semsa...Apa yg dapat ana simpulkan disini dr apa yg cuba dismpaikan beliau ialah " don't judge a bo0k by it's cover "..Isu ini yg beliau utarakan dan dr situ dapat kita lihat,jgn t'lalu cpat mnduga seseorg hanya dr segi pemakaian nya & beberpa aspek lain...Kdg2,kita tak tau ,mgkin suatu hari nanti diizinkan Allah,dia akan mnjadi lebih baik dari kita.Kemudian,tidak semestinya org yang berpakain litup menutupi aurat itu semuanya baik.Ana bukan hendak menyindir org yg menutup aurat dan litup kerana ana juga telah dipilih Allah utk mnjaga,InsyaAllah...tetapi ana hendak katakan disini ,jgn terlalu cepat mnduga org walaupun dia berbeza penampilan dari kita.Kdg2 org mcm 2 lagi baik dalamannya dan mampu menasihati kita ...
Then,kami juga membincangkan isu wanita berpurdah zaman sekarang ni..X dinafikan berpurdah itu kelihatannya sgt cantik dipandang serta sejuk mata memandang..Tapi itu semua bergantung pada niat masing2..berdasrkan pgtahuan ana,berpurdah ini tidak diwajibkan tetapi kalu nak dipakai,mestilah "mensucikan" semua dosa dalam diri dan membetulkan niat.Sekarang ini ramai ana lihat yg memakai purdah,Alhamdulillah...tapi kalau di IPTS yg islamic,berpurdah itu boleh dikatakan satu trend...tp b'gantung pd niat masing2..Itu ana kurg pgthuan utk mmbncgkan dgn lebih lanjut,tetapi ana hendak katakan urusan hati itu atau niat itu sendiri adalah urusan dengan Allah...kita x boleh sesuka hati untuk menilai seseorang itu...Means,kenalah bersifat dengan sifat " husnuz0n" (bersangka baik)....InsyaAllah ,sama2 lah kita mgmbil iktibar...

Tuesday 26 May 2009

Kekasih Yang Terindah


Kekasih
lewat senja rindu mula bertamu
mengharap penyesalan atas dosa-dosa silam
lalu aku bertasbih di Mahgrib ini
melangkah Isyak yang menanti

Tengah malam aku yang sepi
aku terlena dalam doa yang panjang
mengharap Engkau mendengar
kerana Engkau Maha Mendengar
mengharap Engkau mengerti
kerana Engkau Maha Mengetahui

Silamku adalah satu pengajaran yang pahit
mengenal manusia dan keperibadian
melalui cerca dan makian
ditambah fitnah yang amat mengejutkan

Tuhanku,rebahkanlah daku dalam pangkuan-Mu
dakaplah daku seeratnya dalam pelukan Islam-Mu
kerana tiada yang lain tempatku berserah
melainkan kepada-Mu,Ya Allah…


cinTa AdAM & HaWa


Assalamualaikum ....kali ni ana bingkiskan utk antuk sumer kisah cinta Nabi Adam & Hawa..semoga m'jadi iktibar utk kita ..InsyaAllah....

Segala kesenangan ada di dalamnya. Semua tersedia apa saja yang diinginkan, tanpa bersusah payah memperolehinya. Sungguh suatu tempat yang amat indah dan permai, menjadi idaman setiap insan.

Demikianlah menurut riwayat, tatkala Allah SWT. selesai mencipta alam semesta dan makhluk-makhluk lainnya, maka dicipta-Nya pula Adam ‘alaihissalam sebagai manusia pertama. Hamba yang dimuliakan itu ditempatkan Allah SWT di dalam Syurga (Jannah).

Adam a.s hidup sendirian dan sebatang kara, tanpa mempunyai seorang kawan pun. Dia berjalan ke kiri dan ke kanan, menghadap ke langit-langit yang tinggi, ke bumi terhampar jauh di seberang, maka tiadalah sesuatu yang dilihatnya dari mahkluk sejenisnya kecuali burung-burung yang berterbangan ke sana ke mari, sambil berkejar-kejaran di angkasa bebas, bernyanyi-nyanyi, bersiul-siul, seolah-olah mempamerkan kemesraan.

Adam a.s terpikat melihatnya, rindu berkeadaan demikian. Tetapi sungguh malang, siapalah gerangan kawan yang hendak diajak. Dia merasa kesepian, lama sudah. Dia tinggal di syurga bagai orang kebingungan, tiada pasangan yang akan dibujuk bermesra sebagaimana burung-burung yang dilihatnya. Tiada pekerjaan sehari-hari kecuali bermalas-malas begitu saja, bersantai berangin-angin di dalam taman syurga yang indah permai, yang ditumbuhi oleh bermacam bunga-bunga kuntum semerbak yang wangi, yang di bawahnya mengalir anak-anak sungai bercabang-cabang, yang desiran airnya bagai mengandung pembangkit rindu.

Adam kesepian, Apa saja di dalam syurga semuanya nikmat! Tetapi apalah erti segalanya kalau hati selalu gelisah resah di dalam kesepian seorang diri? Itulah satu-satunya kekurangan yang dirasakan Adam a.s di dalam syurga. Dia perlu kepada sesuatu, iaitu kepada kawan sejenis yang akan mendampinginya di dalam kesenangan yang tak terhingga itu.

Kadangkala kalau rindu dendamnya datang, turunlah ia ke bawah pohon-pohon rendang mencari hiburan, mendengarkan burung-burung bernyanyi bersahut-sahutan, tetapi aduh hai kasihan...bukannya hati menjadi tenteram, malah menjadi lebih tertikam. Kalau angin bertiup sepoi-sepoi basah di mana daun-daunan bergerak lemah gemalai dan mendesirkan suara sayup-sayup, maka terkesanlah di hatinya keharuan yang begitu mendalam; dirasakannya sebagai derita batin yang tegak di sebalik nikmat yang dianugerahkan Tuhan kepadanya.

Tetapi walaupun demikian, agaknya Adam a.s malu mengadukan halnya kepada Allah SWT. Namun, walaupun Adam a.s malu untuk mengadu, Allah Ta'ala sendiri Maha Tahu serta Maha Melihat apa yang tersembunyi di kalbu hamba-Nya. Oleh itu Allah Ta'ala ingin mengusir rasa kesepian Adam.

Hawa diciptakan Tatkala Adam a.s sudah berada di puncak kerinduan dan keinginan untuk mendapatkan kawan, sedang ia lagi duduk terpekur di atas tempat duduk yang berlapiskan tilam permaidani serba mewah, maka tiba-tiba ngantukpun datanglah menawannya serta langsung membawanya hanyut ke alam tidur. Adam a.s tertidur nyenyak, tak sedar kepada sesuatu yang ada di sekitarnya.

Dalam saat-saat yang demikian itulah Allah SWT menyampaikan wahyu kepada malaikat Jibril a.s untuk mencabut tulang rusuk Adam a.s dari lambung sebelah kiri. Bagai orang yang sedang terbius, Adam a.s tidak merasakan apa-apa ketika tulang rusuknya dicabut oleh malaikat Jibril a.s.

Dan oleh kudrat kuasa Ilahi yang manakala menghendaki terjadinya sesuatu cukup berkata “Kun!” maka terciptalah Hawa dari tulang rusuk Adam a.s, sebagai insan kedua penghuni syurga dan sebagai pelengkap kurnia yang dianugerahkan kepada Adam a.s yang mendambakan seorang kawan tempat ia boleh bermesra dan bersenda gurau.

Pertemuan Adam dan Hawa, Hawa duduk bersandar pada bantal lembut di atas tempat duduk megah yang bertatahkan emas dan permata-permata bermutu manikam, sambil terpesona memperhatikan kecerahan wajah dari seorang lelaki kacak yang sedang terbaring, tak jauh di depannya.

Butir-butir fikiran yang menggelombang di dalam sanubari Hawa seolah-olah merupakan arus-arus tenaga elektrik yang datang mengetuk kalbu Adam a.s, yang langsung menerimanya sebagai mimpi yang berkesan di dalam gambaran jiwanya seketika itu. Adam terjaga....!

Alangkah terkejutnya Adam a.s ketika dilihatnya ada makhluk manusia seperti dirinya hanya beberapa langkah di hadapannya. Dia seolah tak percaya pada penglihatannya. Adam a.s masih terbaring mengusap matanya beberapa kali untuk memastikan apa yang sedang dilihatnya.

Hawa yang diciptakan lengkap dengan perasaan malu, segera memutar badannya sekadar untuk menyembunyikan bukit-bukit di dadanya, seraya mengirimkan senyum manis bercampur manja, diiringi pandangan melirik dari sudut mata yang memberikan sinar harapan bagi hati yang melihatnya. Memang dijadikan Hawa dengan bentuk dan paras rupa yang sempurna.

Ia dihiasi dengan kecantikan, kemanisan, keindahan, kejelitaan, kehalusan, kelemah-lembutan, kasih-sayang, kesucian, keibuan dan segala sifat-sifat keperibadian yang terpuji di samping bentuk tubuhnya yang mempesona serta memikat hati setiap yang memandangnya.

Hawa adalah wanita tercantik yang menghiasai syurga, yang kecantikannya itu akan diwariskan turun temurun di hari kemudian, dan daripadanyalah maka ada kecantikan yang diwariskan kepada wanita-wanita yang datang dibelakangnya.

Adam a.s pun tak kurang gagah dan kacaknya. Tidak dijumpai cacat pada dirinya kerana dia adalah satu-satunya makhluk insan yang dicipta oleh Allah SWT secara langsung tanpa perantaraan. Semua kecantikan yang diperuntukkan bagi lelaki terhimpun padanya. Kecantikan itu pulalah yang diwariskan turun temurun kepada orang-orang di belakangnya sebagai anugerah Allah SWT kepada makhluk-Nya yang bergelar manusia.

Bahkan diriwayatkan bahawa kelak semua penduduk syurga akan dibangkitkan dengan pantulan dari cahaya rupa Adam. Adam a.s bangkit dari pembaringannya, memperbaiki duduknya. Dia membuka matanya, memperhatikan dengan pandangan tajam. Dia sedar bahawa orang asing di depannya itu bukanlah bayangan selintas pandang, namun benar-benar suatu kenyataan dari wujud insani yang mempunyai bentuk fizikal seperti dirinya.

Dia yakin tidak salah pandang. Dia tahu itu manusia seperti dirinya, yang hanya berbeza kelaminnya saja. Dia serta merta dapat membuat kesimpulan bahawa makhluk di depannya adalah perempuan. Ia sedar bahawa itulah dia jenis yang dirindukannya. Hatinya gembira, bersyukur, bertahmid memuji Zat Maha Pencipta.

Dia tertawa kepada gadis jelita itu, yang menyambutnya tersipu-sipu seraya menundukkan kepalanya dengan pandangan tak langsung, pandangan yang menyingkap apa yang terselit di kalbunya. Adam terpikat Adam terpikat pada rupa Hawa yang jelita, yang bagaikan kejelitaan segala puteri-puteri yang bermastautin di atas langit atau bidadari-bidadari di dalam syurga.

Tuhan menanam asmara murni dan hasrat berahi di hati Adam a.s serta menjadikannya orang yang paling asyik dilamun cinta, yang tiada taranya dalam sejarah, iaitu kisah cinta dua insan di dalam syurga. Adam a.s ditakdirkan jatuh cinta kepada puteri yang paling cantik dari segala yang cantik, yang paling jelita dari segala yang jelita, dan yang paling harum dari segala yang harum.

Adam a.s dibisikkan oleh hatinya agar merayu Hawa. Ia berseru: “Aduh, hai si jelita, siapakah gerangan kekasih ini? Dari manakah datangmu, dan untuk siapakah engkau disini?” Suaranya sopan, lembut, dan penuh kasih sayang.

“Aku Hawa,” sambutnya ramah. “Aku dari Pencipta!” suaranya tertegun seketika. “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” tekanan suaranya menyakinkan. Tiada suara yang seindah dan semerdu itu walaupun berbagai suara merdu dan indah terdengar setiap saat di dalam syurga.

Tetapi suara Hawa....tidak pernah di dengarnya suara sebegitu indah yang keluar dari bibir mungil si wanita jelita itu. Suaranya membangkit rindu, gerakan tubuhnya menimbulkan semangat. Kata-kata yang paling segar didengar Adam a.s ialah tatkala Hawa mengucapkan terputus-putus: “Aku....aku....aku, dijadikan untukmu!” Kata-kata itu nikmat, menambah kemesraan Adam kepada Hawa.

Adam a.s sedar bahawa nikmat itu datang dari Tuhan dan cintapun datang dari Tuhan. Ia tahu bahawa Allah SWT itu cantik, suka kepada kecantikan. Jadi, kalau cinta kepada kecantikan berertilah pula cinta kepada Tuhan. Jadi cinta itu bukan dosa tetapi malah suatu pengabdian. Dengan mengenali cinta, makrifah kepada Tuhan semakin mendalam.

Cinta kepada Hawa bererti cinta kepada Pencipta. Dengan keyakinan demikian Adam a.s menjemput Hawa dengan berkata: “Kekasihku, ke marilah engkau!” Suaranya halus, penuh kemesraan.

“Aku malu!” balas Hawa seolah-olah menolak. Tangannya, kepalanya, memberi isyarat menolak seraya memandang Adam dengan penuh ketakjuban. “Kalau engkau yang inginkan aku, engkaulah yang ke sini!” Suaranya yang bagaikan irama seolah-olah memberi harapan.

Adam tidak ragu-ragu. Ia mengayuh langkah gagah mendatangi Hawa. Maka sejak itulah teradat sudah bahawa wanita itu didatangi, bukan mendatangi. Hawa bangkit dari tempat duduknya, menggeser surut beberapa langkah. Ia sedar bahawa walaupun dirinya diperuntukkan bagi Adam a.s, namunlah haruslah mempunyai syarat-syarat tertentu. Di dalam sanubarinya, ia tak dapat menyangkal bahawa iapun terpesona dan tertarik kepada rupa Adam a.s yang sungguh indah.

Adam a.s tidak putus asa. Ia tahu itu bukan dosa. Ia tahu membaca isi hati. Ia tahu bukannya Hawa menolak, tetapi menghindarnya itu memanglah suatu perbuatan wajar dari sikap malu seorang gadis yang berbudi. Ia tahu bahawa di balik “malu” terselit “rasa mahu”. Kerananya ia yakin pada dirinya bahawa Hawa diperuntukkan baginya. Naluri insaninya bergelora.

Tatkala sudah dekat ia pada Hawa serta hendak menghulurkan tangan sucinya kepadanya, maka tiba-tiba terdengarlah panggilan ghaib berseru: “Hai Adam....tahanlah dirimu. Pergaulanmu dengan Hawa tidak halal kecuali dengan mahar dan menikah!”. Adam a.s tertegun, balik ke tempatnya dengan taat. Hawa pun mendengar teguran itu dan hatinya tenteram.

Kedua-dua manusia syurga itu sama terdiam seolah-olah menunggu perintah. Perkahwinan Adam dan Hawa Allah SWT. Yang Maha Pengasih untuk menyempurnakan nikmatnya lahir dan batin kepada kedua hamba-Nya yang saling memerlukan itu, segera memerintahkan gadis-gadis bidadari penghuni syurga untuk menghiasi dan menghibur mempelai perempuan itu serta membawakan kepadanya hantaran-hantaran berupa perhiasan-perhiasan syurga.

Sementara itu diperintahkan pula kepada malaikat langit untuk berkumpul bersama-sama di bawah pohon “Syajarah Thuba”, menjadi saksi atas pernikahan Adam dan Hawa. Diriwayatkan bahawa pada akad pernikahan itu Allah SWT. berfirman: “Segala puji adalah kepunyaan-Ku, segala kebesaran adalah pakaian-Ku, segala kemegahan adalah hiasan-Ku dan segala makhluk adalah hamba-Ku dan di bawah kekuasaan-Ku. Menjadi saksilah kamu hai para malaikat dan para penghuni langit dan syurga bahawa Aku menikahkan Hawa dengan Adam, kedua ciptaan-Ku dengan mahar, dan hendaklah keduanya bertahlil dan bertahmid kepada-Ku!”.

Malaikat dan para bidadari berdatangan Setelah akad nikah selesai berdatanganlah para malaikat dan para bidadari menyebarkan mutiara-mutiara yaqut dan intan-intan permata kemilau kepada kedua pengantin agung tersebut. Selesai upacara akad, dihantarlah Adam a.s mendapatkan isterinya di istana megah yang akan mereka diami.

Hawa menuntut haknya. Hak yang disyariatkan Tuhan sejak semula. “Mana mahar?” tanyanya. Ia menolak persentuhan sebelum mahar pemberian ditunaikan dahulu. Adam a.s bingung seketika. Lalu sedar bahawa untuk menerima haruslah sedia memberi. Ia insaf bahawa yang demikian itu haruslah menjadi kaedah pertama dalam pergaulan hidup.

Sekarang ia sudah mempunyai kawan. Antara sesama kawan harus ada saling memberi dan saling menerima. Pemberian pertama pada pernikahan untuk menerima kehalalan ialah mahar. Oleh kerananya Adam a.s menyedari bahawa tuntutan Hawa untuk menerima mahar adalah benar. Mahar perkahwinan Adam Pergaulan hidup adalah persahabatan! Dan pergaulan antara lelaki dengan wanita akan berubah menjadi perkahwinan apabila disertai dengan mahar.

Dan kini apakah bentuk mahar yang harus diberikan? Itulah yang sedang difikirkan Adam. Untuk keluar dari keraguan, Adam a.s berseru: “Ilahi, Rabbi! Apakah gerangan yang akan kuberikan kepadanya? Emaskah, intankah, perak atau permata?”.

“Bukan!” kata Tuhan. “Apakah hamba akan berpuasa atau solat atau bertasbih untuk-Mu sebagai maharnya?” tanya Adam a.s dengan penuh pengharapan.

“Bukan!” tegas suara Ghaib. Adam diam, mententeramkan jiwanya. Kemudian bermohon dengan tekun: “Kalau begitu tunjukilah hamba-Mu jalan keluar!”.

Allah SWT. berfirman: “Mahar Hawa ialah selawat sepuluh kali atas Nabi-Ku, Nabi yang bakal Kubangkit yang membawa pernyataan dari sifat-sifat-Ku: Muhammad, cincin permata dari para anbiya’ dan penutup serta penghulu segala Rasul. Ucapkanlah sepuluh kali!”. Adam a.s merasa lega. Ia mengucapkan sepuluh kali salawat ke atas Nabi Muhammad SAW. sebagai mahar kepada isterinya.

Suatu mahar yang bernilai spiritual, kerana Nabi Muhammad SAW adalah rahmatan lil ‘alamin (rahmat bagi seluruh alam). Hawa mendengarkannya dan menerimanya sebagai mahar. “Hai Adam, kini Aku halalkan Hawa bagimu”, perintah Allah, “dan dapatlah ia sebagai isterimu!”. Adam a.s bersyukur lalu memasuki isterinya dengan ucapan salam. Hawa menyambutnya dengan segala keterbukaan dan cinta kasih yang seimbang.

Allah SWT. berfirman kepada mereka: “Hai Adam, diamlah engkau bersama isterimu di dalam syurga dan makanlah (serta nikmatilah) apa saja yang kamu berdua ingini, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini kerana (apabila mendekatinya) kamu berdua akan menjadi zalim”. (Al-A’raaf: 19).

Dengan pernikahan ini Adam a.s tidak lagi merasa kesepian di dalam syurga. Inilah percintaan dan pernikahan yang pertama dalam sejarah ummat manusia, dan berlangsung di dalam syurga yang penuh kenikmatan. Iaitu sebuah pernikahan agung yang dihadiri oleh para bidadari, jin dan disaksikan oleh para malaikat. Peristiwa pernikahan Adam dan Hawa terjadi pada hari Jumaat.

Entah berapa lama keduanya berdiam di syurga, hanya Allah SWT yang tahu. Lalu keduanya diperintahkan turun ke bumi. Turun ke bumi untuk menyebar luaskan keturunan yang akan mengabdi kepada Allah SWT dengan janji bahawa syurga itu tetap tersedia di hari kemudian bagi hamba-hamba yang beriman dan beramal soleh.

Firman Allah SWT.: “Kami berfirman: Turunlah kamu dari syurga itu. Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (Al-Baqarah: 38)

Friday 22 May 2009

laKi cmne Ek....????

Salam....Alhamdulillah...kali ni b'ksmpatan jga ana post blog ag..=)..1stly ana nk mntak maaf dkat slah sorg sahabt ana dan syukran jazilllan sbb de komen blog ana.Asif jiddan sbb ana bru prasan yg blog ana lbeyh mnjurus pd kaum hawa dan nmpak cam bias je kan....=).Mgkin khilaf ana dkat ci2 sbb ana muslimah mgkin..x pe,syukran smua dan kali ni akan akan lbih & bnyakkan juge info utk kaum adam...insyaAllah..tp mmndgkan follower ana rmai kaum hawa...so mgkin ana akn pker balik...
Okla,kali ni post blog ana sal kaum Adam..mcmne yg dkatakn kaum Adam neyh leyh jdik p'damping pd kaum hawa selepas Allah..Igt,p'kahwinan adalh satu port dmana kaum Adam sbg pmbmbng kpd kaum hawa dalam bnyak hal xpclly hal agama...Of coz,de bbrp ciri yang ana nak sbut dkat cini...Mgkin da rmai yg pnah baca,tp ana selitkan juga supya lbeyh alert la dalam mmilih psgn hidup berdasarkan landsan syriat Allah..
Pd kaum Adam,moga diri anda dihiasi dengan ciri bgini....supaya sama2 dapat m'bimbing khidupan pd msa akan dtg b'sama dengan hawa yg telah t'catat di Loh Mahfuz utk kita ..InsyaAllah.....

Sunday 17 May 2009

cinTa B4 kAweN adLh dilArANG...

salam.... da lme ase ana tak mnulis..he3...rndu lak ase nyer....skrg ana tgh cbuk dengan ujian ...smoga follower srta antum & antunna dapat doakan kjyaan ana hendknyer insyaAllah...Dalam ksmpatan ni,ana de trfikir gak ,isu kapel ape ag ea nk tulis....coz kite sedia mklumla..isu cmneyh jarang dgembar-gemburkan.Tp ana harap isu ana kali ni insyaAllah,ade barakahnyer untuk kita sume umat islam... isu kali ni mgkin da bnyak kali ana bwakkan...tp sbg mnusia ...bgusla igtkan bnyak kali sbb hati mnusia sperti yg Allah ckp..sentiasa berbolak balik..kdg2 boleh trima kbaikan,kdg2 x.. so kali neyh ana bwakkan lagi isu kapel yg sesuai dgn tujuan ana tulis blog neyh....harap antum & antunnna sume x bosan......harap isu neyh bwak mnfaat & m'istiqamahkan lagi hati org yg mnjaga hati nyer hanya utk Allah sblum dserahkan hatinya utk dkgsikan dengan insan yg bernama suami atau isteri nteyh...insyaAllah.....

....cinta b4 kawen adalah dilarang ..lpas kawen boleh....
~ Sabda Rasululllah S.A.W ....

" 3 perkara yg sesipa lakukan kan mndapat kmnisan iman "

  1. Menjadikan Allah & Rasul sebagai cinta yang paling utama
  2. Menyintai seseorang semata-mata kerana Allah
  3. Bnci kpd kekufuran sbgaimana dia benci dicampakkan dalam neraka
( * Riwayat al-Bukhari )

.....kewujudan cinta sebelum membuat keputusan mengahwini seseorang itu penting & dituntut oleh syarak.....

Rasulullah juga sarankan kepada sesape yang yang ingin berkahwin agar melihat wanita yang ingin dikahwini terlebih dahulu.....

...pernah berlaku seorang sahabat ,iaitu al-Mughirah b. Syu'bah ...beliau m'beritahu Nabi bahawa dia ingin mengahwini seorang wanita .Lalu baginda sarankan agar beliau melihat dulu wanita itu kerana ia boleh mendatangkan perasaan cinta kpd psangan yang ingin dikahwini......
* Rujuk al-Tarmidzi :1087

~ Sabda Rasulullah
" Tidak kami dapati pada 2 org yang bercinta itu (lebih baik daripada ) nikah "
( * Riwayat Ibnu Majah )

~Al-Sindi R.A.h berkata :
"Hadis itu boleh merujuk pada 2 org atau lbih.Mksudnya,jika timbul perasaan cinta antara dua orang manusia yang berlainan jenis,cinta itu tidak akn berthn lama atau kekal lama tanpa ikatan perkahwinan .Jika terjadi perkahwinan atas dasar cinta,ia akan bertambah kuat dari hari ke hari "
* Rujuk nota kaki Sunan Ibnu Majah.....

Ana harap follower atau sume pembaca blog ana dapat fham ape yg an cube nk smpaikan ...mksudnyer....ikatan cinta tu akn lbih barakah kalu disertai dengan perkhwinan ...cinta itu pula biarlah berlandaskan apa yg disyariatkan ....seprti yg ana coretkan dalam post blog ana yg lepas....
InsyaAllah......

Tuesday 5 May 2009

datIng d'bLehkan dlm Islam..??(Bce dulu)...=)


Salam tautan ukhwah.....hari ni ana nk kongsi ngn sume psal satu info yg ana tau dan ana rasa ana p2t smpaikan pada sume t'utama psangan kapel.Maaf sekiranya t'guris hati.Dalam kuliah dlm slh satu m/p di kolej, ana tlh mndpt ilmu yg b'mnfaat & ia b'tautan dgn tujuan ana mnulis blog neyh...Alhamdulillah.....
Lecturer ana kte,dalam Islam dibolehkan dating..eh,btol ker..??Bestnyer!!!!=)..tp....jgn sonok dulu....he3...boleh dating,tp kne ade mahram kte yg tmankan.Misalnyer,kalu kaum adam nk bncang2 ngn "hawa"nyer,ttg hal yg penting je la...=)Hawa knelah bwak ayah nyer skli or walinyer...Tp kan,ade ek org nk wat cm2..???Urm..musykil2...So ,conclusionnyer,x yah la dating....nk wat per la,kdg2 bkn hal pnting sgt pon..Igatlah sahbt2 ana sume,dating 2 adalah salah satu mukadimah zina sbb mse kite tgh dating 2,ade "bnda" yg join kite dating 2..x ke ganggu 2...he3...fhm2 je la ea..Igt lah Alllah telah b'firman dalm kitabNya dgn menuruh kita spaya jgn dekati zina..Ha,kan da nmpak 2...so hndarilah mukadimah zina neyh....InsyaAllah....kalu da jdoh x kmna...dgrlah nchat ku ini wahai shbt2ku....=)

* p/s:gmbr 2 skadar hiasan....x de kn mgna ngn yg wujud atau la maujud....

Monday 4 May 2009

penatnyer..masyaAllah.....




Penat betul ana semalam,kna pndah barg dr satu blok ke blok yg lain...Tp,Alhamdulillah,dgn bntuan kwan2,dapat juga ana pndhkan brg2...Ana sgguh b'tuah dpt hidup walau smntara b'sama kwan2 walau dlm serba kekurgn b'bnding sblum ini dlm sebuah rumah yg selesa.Kwan2 yg x pnah ana rapat sblum ini makin t'jalin ukhwah antara kami...Selpas pnat m'agkut brg,ana b'sama dgn kwan2 "m'asgkan" diri dr gangguan syaitan dgn bacaan Yassin,moga kami semua dlndungi..Al-maklumlah,rumah dah lme dtggal org.Alhamdulillah,malm nyer ana dpt tidur dgn teng & aman dengan berkat p'jgaan & p'rlndungan Allah dengan p'antaraan malaikatnya.
Kepada sahabt2 ana yg baru t'jalinnya ikatn yg lbeyh rpat walau sekejap,ana amat mrndui kalian,semoga ukhwah kita sentiasa mekar dgn rahmat Allah disisi...Ameen...
Maafkan sgla ksalahn ana dan ana amat mrindui kalian semua walaupun kita x srumah lagi..=)...Tp still boleh jmpe lagi...=)Kalian "sahabat baru" ana yg baik ....

p/s:Ukhwah fillah.....=)